fbpx

“Tak Akan Basuh Telekung Putih Ini Selama-Lamanya”

Meskipun isterinya tiada lagi disisi, namun Shuib berkata barang-barang milik Allahyarham Siti Sarah dan kenangan mereka bersama akan tetap dalam ingatan.

Kata Shuib lagi, salah saru barangan tersebut adalah telekung putih kegemaran arwah isterinya yang tidak akan dibasuh selama-lamanya dan ia peninggalan paling berharga untuk dikenang.

BACA: Shuib Terkejut Beribu Produk Arwah Siti Sarah Terjual

“Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi, memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahukbar. Insya-Allah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana,” katanya.

Shuib mengakui kehidupan tanpa isteri pada mulanya disangkakan hanya mimpi namun rupanya ia realiti pahit yang perlu ditelan olehnya.

“Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada,” katanya.

Alahyarham Siti Sarah, meninggal dunia pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan akibat komplikasi disebabkan jangkitan Covid-19.