Tak Ada Pembantu Rumah, Hairul Azreen & Isteri Sepakat Bahagi Kerja Rumah
Bergelar selebriti, pasti ramai menyangka pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mempunyai pembantu di rumah. Rupanya, mereka tidak tidak mempunyai pembantu.
Menurut Hairul, dia dan isterinya sepakat untuk membahagikan tugasan kerja di rumah. Hairul berkata seumur hidup sekali sahaja mempunyai pembantu, namun difahamkan sudah pulang ke negara asal.
BACA: Berbaloi Hantaran Kahwin RM91 Ribu, Netizen Puji Cara Hanis Zalikha Didik Anak
“Saya kena kemas rumah sebab kami tak ada pembantu rumah, sekali saja seumur hidup saya ada pembantu. Tu pun dah balik for good.
“Walaupun beras saya beli haha tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah tu kerja saya. Kami bahagi tugas masing-masing. Keknis dia cuci baju, lipat kain semua la. Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” tulisnya di Insta Story.
Menerusi perkongsian itu, Hairul turut memuat naik foto sinki dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang belum dicuci. Katanya, jika ada pembantu rumah, sudah pasti sinki rumahnya tidak penuh seperti ini.
Hairul dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Yusuf Iskandar dan Alisa.
Oooooo…
Rumah cantik mewah..seronok kemas
Terpaksa mengharapkan cerita cenggini utk kekal relevan & kekal diperkatakan
Kak pun x ada pembantu rmh.. kerja rmh Kak sorg yg buat.. tp itu lah lmbt.. tp x apa janji kemas w/pun lmbt..
Tapi 3 x seminggu ada org dtg cuci rumah..ala biasala..