fbpx

Tajul Syukur Isteri Kini Sudah Berhijab

Baru-baru ini, perkongsian Tajul di Instagram menjadi perhatian apabila memuat naik gambar isterinya yang kini sudah tampil berhijab.

Meluahkan rasa syukur di atas perubahan tersebut, Tajul berkata pemergian Allahyarham Siti Sarah menjentik hati isterinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.

BACA: Tajul Timang Anak Kedua, Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin

“Isteri saya rasa terdetik untuk bertudung selepas kisah pemergian Allahyarham Siti Sarah, mula daripada situ dia cakap nak pakai tudung,” katanya.

Kata Tajul lagi, dia sentiasa menyokong keputusan isterinya malah keluarga juga turut suka melihat isterinya kini sudah berhijab.

“Saya tak pernah larang dia nak pakai tudung, saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang berlaku sekarang ni, saya suka dan keluarga pun suka,” katanya.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan bernama Adriana Carisa dan seorang bayi lelaki kini berusia 4 bulan.