fbpx

Tajul Timang Anak Kedua, Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Tajul Ariff apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka petang semalam.

Memaklumkan berita gembira itu di Instagram, Tajul berkata bayi lelaki seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal di pusat perubatan di Kajang, Selangor.

BACA: Isteri Hamil 6 Bulan, Tajul Bakal Timang Anak Kedua Pada Usia 23 Tahun

“Alhamdulillah, berkat doa korang semua. Tak sampai 1 jam bertarung nyawa dalam labour room wife Tajul dah selamat bersalin dengan normal,” katanya.

Dalam pada itu, Tajul sempat berkongsikan pengalaman tidak dapat dilupakan apabila kepalanya terkehel apabila ditarik isterinya ketika sedang bertarung sakit bersalin.

“Walaupun kepala aku terkehel tadi sebab bini aku tarik time contraction dia tengah kuat. Nasib baik masih selamat. Nama baby nanti Tajul akan umumkan,” tulisnya.

Perkongsian Tajul itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan peminat yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata keduanya itu.

Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza Eddie pada 10 Disember 2017. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan bernama Adriana Carisa.