fbpx

Tajul Dedah Abang Khalis Kena Santau Sejak Jadi Artis

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita adik kepada Allahyarham Achik Spin iaitu Khalis dari kumpulan The Real Spin sedang terlantar sakit.

Terbaru, adiknya yang juga penyanyi Tajul Ariff mendedahkan abangnya itu sebenarnya menderita penyakit misteri atau terkena ilmu hitam.

BACA: Tajul Timang Anak Kedua, Kepala Terkehel Ditarik Isteri Masa Bersalin

Memetik mStar Online, Tajul berkata mereka sekeluarga sudah melakukan pelbagai ikhtiar namun masih tidak membuahkan hasil. Kata Tajul lagi, abangnya disantau sejak mula jadi artis lagi.

“Alhamdulillah, keadaannya dah semakin okay dari sebelum ini. Sebelum ni dia terbaring, tak boleh bercakap, sekarang ni dah boleh la nak bagi dia minum air sikit dan ajak berborak.

“Kalau orang tengok daripada gambar pun dah boleh tahu sakit apa, cuma ada yang tak percaya atau menidakkan benda macam ni. Memang betul dia kena santau, dari mula-mula jadi artis lagi,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Tajul memberitahu sejak terkena buatan orang, abangnya tidak dapat makan dan minum, seolah-olah pelaku mahu abangnya mati.

“Tak boleh makan, tak boleh minum. Bila makan muntah, muntah darah lepastu dia tak boleh bangun. ‘Dia’ dah lock semua, dia dah tak sedar diri dia siapa. Kitaorang ada ikhtiar sebelum bawa dia pergi hospital.

“Kami bawa ke satu tempat rawatan Islam ni, on the spot dia boleh bangun. Daripada dia tak sedar, dia boleh bangun, berdiri, bercakap, dah boleh minta makan. Kita orang dah lega, menangis semua. Ya Allah alhamdulilah abang Khalis dah balik,” katanya.

Bagaimanapun, Tajul berkata dua hati kemudian abangnya kembali jatuh sakit. Tajul menyifatkan abangnya seorang yang baik dan tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak.

Khalis memulakan kerjaya nyanyian bersama kumpulan Real Spin pada tahun 2016 bersama dua lagi anggota asal kumpulan Spin iaitu Azren dan Aidel.