fbpx

Tajul Berjaga-Jaga Terima Hadiah, Makanan Daripada Peminat

Melihatkan penderitaan yang dilalui bangnya, Khalis yang berbulan terlantar akibat penyakit misteri membuatkan penyanyi Tajul Ariff berjaga-jaga.

Bukan mahu bersikap biadap atau buruk sangka, namun Tajul berhati-hati jika ditawarkan hadiah atau pemberian makanan daripada peminat.

BACA: Tajul Syukur Isteri Kini Sudah Berhijab

“Sebenarnya dari dahulu pun saya sentiasa berhati-hati baik dalam perbualan dan perlakuan, tambah-tambah apabila diajukan makanan dan hadiah sebab kita tak tahu niat orang.

“Tetapi tidaklah sampai kita berburuk sangka dengan semua orang. Cuma kalau kita enggan pihak pemberi yang ikhlas berkecil hati, kita ambil dahulu pemberian mereka sebagai tanda terima kasih.

“Jangan pula tunjuk muka kurang senang atau tolak mentah-mentah, itu perbuatan biadap,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, berkongsikan mengenai keadaan abangnya, Tajuk berkata kesihatan Khalis kini semakin baik dan hampir pulih 90 peratus.

“Alhamdulillah, abang saya dalam proses penyembuhan. Boleh dikatakan hampir 90 peratus pulih. Kami lega tengok perkembangannya. Daripada terlantar, dia sudah boleh berjalan, borak dan menyanyi semula.

“Ini semua berkat doa dan sokongan semua pihak terutama isteri dan anak-anaknya yang sentiasa menjaganya dengan baik serta memberikan sepenuh perhatian supaya dia kembali bersemangat,” katanya.