fbpx

“Tahun Ini Adalah Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi”

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia nyanyian.

Memetik Harian Metro, Aliff menyifatkan tahun ini adalah paling ‘malang’ serta faktor usia yang semakin meningkat membuatkan dia mahu berhenti menyanyi.

BACA: Kadir Sheikh Fadzir Saman Aliff Syukri RM70 Juta

“Tahun ini adalah tahun terakhir saya sebagai penyanyi. Tahun ini adalah tahun paling ‘suwey’ (malang).

“Setiap gerak geri saya dikritik, bahkan, kes baru-baru ini juga masih dalam siasatan. Sedikit sebanyak, ia memberi tekanan dan penyesalan kepada saya. Jadi, saya tarik diri dan reda,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata dia sudah berputus asa dan mahu memberi peluang kepada kepada artis-artis baharu (BBNU) serta berharap netizen tidak melupakannya.

“Tapi, janganlah kerana tak ada lagu, anda lupakan saya. Berilah BBNU baru untuk naik pula. Saya sampai bergaduh suami isteri dan bukan gimik. Jujurnya, saya dah putus asa. Mungkin saya dibenci sebagai penyanyi,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff turut mempersoalkan sikap netizen yang lebih sukakan konten berbanding perniagaan dan ia secara tidak langsung memaksanya menghasilkan konten yang menjadi perhatian sehingga dikecam.

“Kalau tak ada orang macam kami ini, tak ada ‘monyet’, tak ada ‘kera’ macam kami ini, tak ceria Malaysia,” katanya.

Terdahulu, SKMM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, pada awal April lalu susulan video teaser Hari Raya yang dimuat naik.

SUMBER: Harian Metro