fbpx

Tahniah: Amanda Misbun Kini Bertudung

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Amanda Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal Haliza Misbun yang kini tampil manis bertudung.

Selepas melahirkan bayi pertama pada Disember tahun lalu kian menyepi dari dunia lakonan.

Tidak pasti kemana perginya kelibat pelakon berbakat ini namun yang pasti dia kini merupakan seorang pengusaha tudung yang dijalankan secara kecil-kecilan di laman Facebook dan juga Instagram.

Bagi mereka yang tertanya-tanya, Amanda Misbun turut diambil menjadi duta bagi produk tudung The SHAWLSisters.