fbpx

Tabung Kecemasan Bantu Kos Rawatan Nad Zainal Dilancarkan

Umum mengetahui, pelakon Nad Zainal masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu akibat jangkitan pada paru-paru.

Terbaru, rakan-rakan dan peminat Nad Zainal mengambil inisiatif mewujudkan tabung kecemasan bagi membantu pelakon terbabit. 

BACA: “Seolah Saya Ini Batak & Gelojoh…” – Ungku Ismail Tak Mahu Lagi Update Keadaan Nad Zainal

Menerusi satu kenyataan, tabung keceaman berkenaan bertujuan menampung kos rawatannya dan membantu meringankan beban keluarga aktres itu.

“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bantu bersama. Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan hantaran ini agar lebih ramai dapat turut membantu,” katanya.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun CIMB 8604978484 atas nama Pertubuhan Kebajikan As Siddiq. Pindahan wang ini perlu disertakan dengan rujukan Nad Zainal.

Mereka yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi pembantu peribadi Nad iaitu Echa di talian  012-3458623.

Berapa hari lalu, pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin berkongsikan keadaan Nad semakin baik berbanding sebelum ini. Ujarnya lagi, Nad juga sekali sekala ada membuka matanya dan tidur semula.