“Seolah Saya Ini Batak & Gelojoh…” – Ungku Ismail Tak Mahu Lagi Update Keadaan Nad Zainal
Pasti ramai tahu, sejak Nad Zainal dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, rakan artis iaitu Ungku Ismail sering berkongsikan mengenai perkembangan terkini aktres itu kepada umum.
Bagaimanapun, Ungku Ismail meluahkan rasa kecewa apabila setiap perkembangan terkini mengenai Nad Zainal disalah erti oleh segelintir pihak.
BACA: Ungku Ismail Akui Rindu Nad Zainal, Sebelum Ini Ceria Sekarang Sunyi
“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan perkembangan terkini tentang Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.
“Seolahnya saya ini mengambil kesempatan daripada keadaan ini untuk promosi diri dan kerja sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya,” katanya.
Menerusi perkongsian di Insta Story itu juga, Ungku Ismail berkata dia tidak akan berkongsi perkembangan terkini Nad Zainal kerana kecewa dengan sikap segelintir pihak yang lebih mahu mengorek kisah peribadinya.
“Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya. Ini waktu untuk memberitahu update tentang kesihatan Nad.
“Dan, saya yakin ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing.
“Mulai hari ini saya tidak akan memberi apa-apa statement update lagi tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber lain,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Kalau betul niat ikhlas nk update,nk ambil berat,kongsi je la…tak payah nak hati tisu sgt pikir ckp netizen…kau tau niat & hati kau sendiri..ni baru sikit pun jiwa dah koyak rabak.
Pulak. Klo rasa betul tindakan buat ajela. Persetan kan kata org
Please stop guna perkataan “batak” untuk menggambarkan sesuatu yang buruk. Racist.
Memang pun.. Mentang2 nad blum sedar diri lagi..ko memandai cakap ada hati la bagai.. Ntah ntah dia anggap ko cam kawan baik je.. Nad baru je beberapa bulan becerai.. Ko baru je berkawan.. Dah ckp soal hati perasaan.. Moga nad dan bekas suami merujuk kembali demi anak anak.. Dan ko ungku ismail.. Gi la menumpang tempat lain..
padan muka…. biarlah Ibu bapa, bekas suami @ Dr yg terlibat memberi kenyataaan!
Dah ko yang lebih2 cakap pasal perasaan kenapa. Nad tu tengah sakit. Fikir sensitiviti family dia. Cukup sekadar ajak peminat doakan kesembuhan nad. Macam2 haih…. yang sorang anxiety kepala bapak…. Yang satu lagi terlebih sudu dari kuah. Salah sendiri lepas tu sentap. Relax2 sudah.
Tak yah la kacau si nad tu walau ada hati. Biar lah dia balik kat ex husband dia. Haritu faliq ada upload gambar mereka sekeluarga. Nampak sayang lagi pada Nad. Dia pun sentiasa ada dengan Nad juga. Just have some compassion on the kids.. kesian
Cari pasal ,knapa nk smakan dengan batak plak,trasa ati org batak,ungku pn sma je bodoh gn netizen ,ckap x pakai otak
Nad dgn somi bercerai pasai apa. Yg korang marah sgt dgn ungku tu nape. Dia x ckp pun diorang couple. Dia kata dia yg syg nad. Mungkin nad pun x tahu ungku syg dia lebih dari seorg kawan. Tp elok lah bg kuarga nad yg update mnerusi kwn perempuan sbb boleh mndtgkan fitnah jika kawan lelaki update. Sebenarnya ok je ungku update sebagai kawan sbb dia pun byk followers yg boleh mndoakan kesembuhan nad. Tp .. tu lah.. sensiriviti keadaan tu juga kne amik kira.
Orang tengah kritikal dia sibuk nak fefeeling lebeh lebeh .akai ada ka?
Oii kami dari PBBBBB (Persatuan Batak Batak Bersatu Bukit Bendera) ingin memprotes psnggunaan yg amat rasis iaitu Batak sebagai sesuatu yg negatif. Ya memang kami tak hensem tapi gigi kami putih.