“Tabligh Tu Dah Betul Dah, Harap Jangan Wayang Je”

Baru-baru ini tular video dikongsikan seorang individu memaparkan pelakon dan penyanyi Beego dipercayai sedang mengikuti kumpulan tabligh bersama rakan-rakannya.

Susulan video itu, isterinya yang juga pelakon Linda Hashim berkata ianya bukan sekadar ‘wayang’ sahaja serta berharap agar istiqamah.

BACA: Sertai Tabligh, Netizen Nampak Wajah Beego Penuh Kesedihan

 

Menerusi hantaran di Insta Story, Linda turut mengingatkan suaminya mengenai tanggungjawab serta nafkah terhadap anak-anak mereka.

“Tabligh tu dah betul dah, takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqamah, jangan wayang je. Nafkah anak-anak tangungjawab pada anak-anak mana tak settle-settle lagi?” katanya.

Terdahulu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat Beego mendekatkan diri dengan Allah ketika sedang dilanda ujian serta mengatakan dapat melihat wajah aktor itu penuh kesedihan.

×