fbpx

Syura Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Tahniah diucapkan buat penyanyi Syura Badron yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusar perubatan di Johor Bahru malam semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya, Muhamad Farizat Ismail menerusi satu posting di Instagram hari ini.

BACA: Syura Kekok Hamil Lagi Selepas 11 Tahun 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

“Syukur alhamdullillah, pada 13 march 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram secara normal pada pukul 9.01 malam yang telah dirawat sempurna oleh @drthokha,” tulisnya.

Dalam pada itu, Farizat mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan isterinya serta turut mendedahkan nama anak pertama mereka iaitu Muhammad Umar Eussof.

“Terima kasih di atas segala doa yang tak henti-henti dari semua.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini. Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof,” tulisnya.