fbpx

Syura Kekok Hamil Lagi Selepas 11 Tahun 

Selepas 11 bulan melayari bahtera rumah tangga dengan Muhd Farizat, penyanyi Syura Badron berkongsikan berita gembira apabila disahkan hamil.

Memetik mStar Online, meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan Allah, Syura akui kekok apatah lagi kali terakhir dia hamil adalah pada 11 tahun lalu.

BACA: 9 Tahun Menjanda, Syura Akui Kekok Pegang Tangan Suami

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

“Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun tapi Alhamdulillah dapat rezeki anak awal. Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lepas, jadi perasaan itu agak kekok seperti mengandung anak pertama.

“Alhamdulillah kehamilan anak keempat ini tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma kadangkala saya sakit tekak dan mengalami demam,” katanya.

Sebelum ini, Syura mengumumkan berita gembira itu di Instagram memalumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan dan bakal bersalin pada Mac tahun hadapan.

Dalam pada itu, Syura berkata suaminya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menimang cahaya mata secepat mungkin kerana memahami usia penyanyi semakin meningkat

“Sebelum bernikah kami pernah bincang mengenai soal anak kerana usia saya sudah menjangkau 36 tahun… jadi banyak perkara bermain di fikiran apatah lagi suami tidak pernah berkahwin sebelum ini.

“Tapi dia sudah menegaskan bahawa dia tidak kisah seandainya kami tidak diberikan rezeki anak dan memahami keadaan saya. Bagaimanapun sebaik tahu saya disahkan hamil dia orang paling gembira,” katanya