Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsikan keadaan lebam di bawah matanya selepas terjatuh ketika sesi latihan konsert berapa minggu lalu.
Memetik Oh Bulan, Siti meluahkan rasa syukur keadaannya kini semakin pulih namun lebam tersebut mengambil masa lebih lama untuk pulih kerana kulitnya yang sensitif.
BACA: “Datang Malam Terus Nyanyi” – Mokhzani Ismail Sifatkan Bakat Siti Nurhaliza Luar Biasa
“Alhamdulillah muka saya dah makin beransur pulih, lebam sikit lagi nak hilang sebab kulit saya ini jenis sensitif. Kalau lebam biru itu ambil masa lama nak hilang.
‘Saya rasa sekarang cuma tisu muka sahaja yang belum pulih, masih agak keras. Mungkin impak daripada hentakan yang kuat masa terjatuh. Untuk pemulihan, saya kena urut,” katanya.
Sementara itu, Siti berkata dia turut melakukan pemeriksaan serta imbasan CT dan bersyukur tiada pendarahan dalaman mahupun keretakan.
Dalam pada itu, Siti berkata meskipun mengalami kecederaan dia bersyukur masih berada di bawah lindungan Allah dan konsert berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, saya boleh lagi menyanyi dan menyelesaikan konsert saya. Saya rasa syukur pada Allah. Ini pertama kali saya jatuh untuk konsert.
“Tapi alhamdulillah Allah masih melindungi sayalah. Itu saja saya bersyukur sebab saya tak jatuh depan. Kalau jatuh depan, gigi saya patah, bibir pecah dan semua kan, lagi ambil masa untuk pulih. Bagi saya, jatuh pun Alhamdulillah, Allah lindungi lagi, dan Alhamdulillah konsert ini berjalan dengan begitu jayanya,” katanya.
Terdahulu, Siti memuat naik gambar memaparkan bahagian lebam di pipinya selepas terjatuh ketika sesi latihan konsert.
Sumber:Oh Bulan