Pengarah Muzik Terkenal, Datuk Mokhzani Ismail berkongsikan pengalaman ketika mengiringi persembahan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq.
Menerusi perkongsian di Threads, Mokhzani menyifatkan bakat Biduanita Negara itu luar biasa kerana membuat persembahan tanpa menghadiri latihan terlebih dahulu.
BACA: “Jujur Iras Tu Ada” – Alha Alfa Ulas Wajah Bella Astillah Seiras Siti Nurhaliza

“Saya selalu mengiringi penyanyi secara ad hoc yang datang petik lagu dan saya terus jalan. Itu kerja gila saya buat selalu, tetapi bakat ini sangat luar biasa. Beliau tidak datang latihan sebagaimana penyanyi lain.
“Rozi mesej saya, dia kata Datuk Siti akan datang malam terus dan nyanyi. Kita siapkan skor ikut format biasa,” tulisnya.
Sementara itu, Mokhzani berkata jarak pentas persembahan Siti dianggarkan melebihi 20 kilometer menyukarkan komunikasi antara penyanyi dan orkestra, namun Biduanita Negara membuat persembahan dengan baik.
“Yang menjadikan agak sukar, pentas dia kira-kira 20 kilometer lebih. Susah nak angguk-angguk, jeling-jeling. Saya hanya ada satu penyelesaian. Kalau salah masuk, saya akan hentikan orkestra dan saya jalan terus dengan ritma.
“Tetapi memang dia sangat luar biasa, sangat extraordinary, dengan telinga yang hebat, tona dan kawalan suara terbaik, lengkap dengan penghayatan, semua secukup rasa. Itulah Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya.