Pelakon Puteri Sarah menegaskan dia tidak akan menarik balik saman terhadap wanita yang didawak menganggu rumah tangganya iaitu Ira Kazar.
Memetik Astro Gempak, Sarah memaklumkan mahkamah sudah pun menetapkan tarikh perbicaraan kes sama tersebut pada Ogos tahun hadapan.
BACA: Ahli Keluarga Ira Kazar Terima Notis Peguam
“Apa yang pasti saya tidak akan menarik balik dakwaan dan saya akan teruskan hingga perbicaraan. Memang proses ini lambat sebab mahkamah sibuk sekarang, tapi saya sudah dapat tarikh perbicaraan Ogos tahun hadapan.
“Walaupun perbicaran pada Ogos, perintah injuksi interim tetap berjalan. Kalau ada orang langgar saja perintah itu, memang kena. Alhamdulillah saya rasa saya dilindungi.
“Syukur negara kita ada undang-undang sebab kalau tidak mungkin saya berterusan dilanyak. Jadi biarpun perbicaraan lambat, saya okay saja, saya boleh terus kehidupan saya macam biasa sebab saya tak bersalah,” katanya.
Berkongsi mengenai perkembangan terbarunya, Sarah berkata dia kini lebih tenang selain dapat fokus dengan kerjayanya serta meluahkan rasa syukur rezekinya semakin murah.
“Kalau 2 tahun lepas awak tanya, memang saya akan sibukkan diri supaya tak fikir pasal masalah ni. Tapi sekarang ini saya sudah semakin matang dan syukur rezeki saya makin murah.
“Saya pun tak mahu tolak job kerana lakonan adalah jiwa saya. Bila saya tak bekerja, saya akan luangkan masa dengan anak-anak. Itu kebahagiaan saya sekarang.
“Dan kalau orang tanya adakah kebahagiaan saya berkaitan dengan suami, yang itu kita tengok macam mana nanti. Tapi buat masa sekarang, saya gembira dengan kehidupan saya,” katanya
Terdahulu, Puteri Sarah mendakwa salah seorang ahli keluarga Ira Kazar memberi kenyataan berkaitan dengan dirinya menerusi media sosial.