fbpx

Baru-baru ini, bekas pelakon dan aktivis kemanusiaan, Elfaeza Ul Haq berkongsikan kisah penghijrahannya menerusi sembang santai bersama pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.

Tular video di aplikasi TikTok Elfaeza menjawab persoalan berhubung soal perkahwinan dan jodoh. Ustazah Asma bertanyakan tidak tertekankah apabila ada yang bertanyakan mengenai soal jodoh.

BACA: Netizen Tuduh Ustazah Asma’ Tak Jaga Iktilat Ketika Bertemu Mawla Amin?

@ienakedah

perubahan diana amir dan elfaiza ulhaq#ustazahasmaharun #pesandirisendiri #sebarkankebaikan

? original sound – Ienakedah – ienakedah

“Eifa adalah lambang wanita yang sabar dalam bab jodoh. Rupa ada, kerjaya ada. Dari segi zahir orang menilai semua lengkap pakejnya.

“Tapi kenapa tak nikah sedangkan sudah berumur 37 tahun? Rasa tertekan tak bila orang tanya?,” tanya Ustazah Asma’.

Elfaeza berkata dia meluahkan rasa syukur apabila dilindungi oleh Allah SWT kerana terhindar dari melakukan maksiat. Katanya lagi, dia turut bersyukur tidak ramai lelaki cuba mendekatinya.

@ienakedah

perubahan diana amir dan elfaiza ulhaq.#ustazahasmaharun #pesandirisendiri #sebarkankebaikan

? original sound – Ienakedah – ienakedah

“Nombor satu, kalau nak kata saya ni banyak tolak orang sebenarnya tidak. Malah, Saya bersyukur tak banyak orang yang cuba mendekati saya. Dari saya di usia muda saya bersyukur sebab rasa Allah melindungi saya daripada maksiat.

“Orang yang segan itu bagus. Saya tak suka bila lelaki suka saya. Bila ramai yang tanya tak ada ke orang nak merisik atau ajak berkenalan, memang tiada Alhamdulillah.

“Saya rasa lebih tenang, maknanya Allah melindungi dan buat rasa segan dekat hati lelaki-lelaki yang memandang tu,” katanya.