fbpx

Netizen Tuduh Ustazah Asma’ Tak Jaga Iktilat Ketika Bertemu Mawla Amin?

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai seorang lelaki yang didakwa keturunan Nabi Muhammad SAW hadir di sebuah majlis ilmu.

Kehadiran lelaki bernama Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi itu disambut baik oleh orang ramai dan golongan pendakwah turut bertemu dengan individu itu sebelum dia pulang ke Maghribi.

BACA: Ifa Raziah Bangga Ustazah Asma’ Harun Datang Minta Maaf

@s4verafah

MASYAALLAH #maulamuhammadaminalidrisialhassani #ustazahasmaharun #ustazebitlew #foryou #fyp? #xyzbca

? suara asli – Syahril Hendrawan – muhammadsyahril

Memetik Cari Forum, kelibat pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun juga menjadi sebutan kerana bertemu lelaki berkenaan.

Sementara itu, tular perkongsian seorang pengguna Twitter itu mempersoalkan sama ada Ustazah Asma’ dan Ebit Lew menyokong kehadiran ‘cicit Nabi’ berkenaan.

Bagaimanapun, ada yang bersangka baik terhadap kehadiran lelaki tersebut memandangkan kehadirannya tidak membawa ajaran yang boleh menyesatkan umat Islam di Malaysia.

 

 

Dalam pada itu, ada netizen mempertahankan Ustazah Amsa yang bertemu Mawla sekadar untuk mengambil berkat ulama.

Malah, ada yang menuduh pendakwah itu tidak menjaga ikhtilat atau pergaulan kerana dikatakan berdiri berdekatan beberapa lelaki lain walaupun dengan kehadiran suami di sisi.