Pelakon Ben Amir bersyukur dirinya terhindar daripada tindakan menggadai atau menjadikan ibadah sebagai satu konten. Katanya lagi, dia tidak akan menjual agama demi wang ringgit.
Menerusi perkongsian di platform X itu, perkongsian Ben itu tidak merujuk kepada mana-mana individu.
BACA: Ben Amir Suka Wanita Comel, Minat Main Gim
Setiap hari aku bersyukur aku tak jual agama ku demi duit dan content.
— Ben Amir (@BenAmirr) March 3, 2024
Namun, netizen membuat spekulasi ianya berkaitan dengan isu tular baru-baru ini melibatkan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad bersama stafnya yang berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad.
Perkongsian Ben Amir itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.
Sebelum ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memberikan tegura agar ibadah umrah tidak dijadikan sebagai konten