fbpx

Hangat diperkatakan mengenai khabar angin mengenai pelakon Syifa Melvin dan pemain Johor Datul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rashid bakal melangsungkan pernikahan esok iaitu pada 28 November.

Bagaimanapun, menerusi satu video tular di aplikasi TikTok, Safawi meminta netizen tidak perlu mengambil tahu mengenai hal perkahwinannya serta meminta untuk menantikan sahaja jika ada berita gembira.

BACA: Satu Stadium Nyanyi ‘Selamat Pengantin Baru’, Safawi & Syifa Nikah Bulan Depan?

https://www.tiktok.com/@yxasyx/video/7168729074825792794?is_from_webapp=v1&item_id=7168729074825792794

“Korang pasal kahwin, korang jangan tahulah. Bila saya nak kahwin, dengan siapa saya kahwin. Ada rezeki, jodoh, saya akan kahwin. Korang jangan risau, nantikan sahaja,” katanya.

Sementara itu, diruangan komen ada netizen mendakwa majlis akad nikah akan diadakan esok dengan bertemakan warna putih. Manakala, majlis di sebelah Safawi akan diadakan pada 3 Disember depan.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen seolah kecewa apabila pemain bola sepak itu seolah cuba merahsiakan tentang perkahwinan mereka sedangkan kad undangan telah pun tersebar.