fbpx

Syifa Melvin Rayu Minta Netizen Henti Panggil Safawi ‘Bodoh’

Nampaknya masih hangat lagi diperkatakan mengenai pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid yang menerima teguran keras dari Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mengenai prestasi permainannya yang merosot.

Bagaimanapun, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan dari TMJ yang menyifatkan prestasi Safawi makin merudum. Malah ada yang mengecam Safawi yang mudah hilang fokus hanya kerana wanita.

BACA: Pertahankan Adik, Syatilla Melvin Sindir TMJ?

Tidak sanggup melihat Safawi dikecam, Syifa Melvin tampil mempertahankan kekasihnya itu serta merayu agar netizen berhenti menggelarkannya bodoh. Jelasnya lagi, netizen diluar sana tidak tahu perkara sebenar.

Syifa berkata setiap orang melakukan kesilapan dan pasti ada sebab Safawi berbuat demikian. Malah Syifa turut menyifatkan kekasihnya memiliki hati yang bersih dan baik.

 

Mengulas mengenai fotonya menerima hadiah seperti iPhone Pro Max dan beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) Syifa menegaskan itu adalah pemberian daripada Safawi dan dia juga pernah memberikan hadiah kepada kekasihnya.

Syifa turut menegaskan adalah lebih baik jika memberikan sokongan moral kepada Safawi untuk beraksi lebih baik dan bukannya asyik menghentam pemain tersebut yang kini menanggung kehidupan keluarganya di kampung.