fbpx

Syida, Syafiqa Melvin Bengang Pemilik Butik Tak Benar Bawa Masuk Anak

Usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Syafiqa serta Syida Melvin meluahkan rasa bengang terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian.

Menerusi video dikongsikan, adik beradik itu kesal apabila pemilik kedai berkenaan tidak membenarkan mereka masuk untuk membawa kanak-kanak ketika memilih pakaian di dalam kedai.

BACA: Syida Melvin Akui Pemalas Masa Sekolah, Pernah Gagal Semua Subjek

https://www.tiktok.com/@syida.melvin/video/7329447149308054802?

Menurut Syida, dia tiada niat untuk jatuhkan bisnes butik tersebut namun peraturan ditetapkan disifatkan tidak masuk akal dan ketika itu anaknya sedang tidur.

“Aku tak faham dengan kedai ni. Datang nak sewa baju tapi tak benarkan kanak-kanak masuk. Kami lima beradik nak sewa baju, saya bawa anak tapi kedai ni tak friendly. Mereka tolak rezeki.

“Memang silap besar. Kedai apa tak boleh bawa masuk budak-budak? Budak-budak ni binatang ke? Aku tengah tahan marah,” katanya.

Sementara itu, Syafiqa berkata mereka datang ke premis berkeaan untuk menyewa pakaian sempena majlis makan malam perniagaan milik mereka.

Dalam pada itu, susulan video adik beradik tersebut, pemilik butik berkenaan tampil menjelaskan bahawa peraturan tersebut sudah pun dilaksanakan sejak Januari tahun 2022 bagi tujuan keselesaan para pelanggan.