Syed Saddiq Janji Jadi Ayah Bertanggungjawab 

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berjanji akan menjadi bapa bertanggungjawab kepada dua anak tirinya iaitu Ayden dan Ara.

Menerusi ucapan di majlis resepsi di Sabah baru-baru ini, Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kerana menerimanya sebagai bapa.

BACA: Syed Saddiq, Bella Astillah Buat Kejutan Bawa Mama & Abuya Tunai Umrah 

View on Threads

“Terima kasih kerana bagi saya jadi bapa awak. Saya janji akan jadi ayah yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Saddiq turut berkongsikan hampir tiga minggu tinggal bersama dia sudah mula tahu mengenai rutin atau kebiasaan dilakukan oleh Ayden dan Ara.

“Dah tiga minggu mereka bersama di rumah, dah tahu apa lenggok mereka, bangun pagi, tidur awal. Saya tahu kadangkala daddy terlebih disiplin soal tidur, soal makan, tetapi mereka anak-anak yang luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Saddiq turut memuji isterinya dalam mendidik kedua-dua anak serta bangga menjadi suami kepada Bella.

“Semua perkara baik ditunjukkan Ara dan Ayden adalah sumbangan dan didikan ibunya, Bella Astillah. Saya bangga jadi suami awak,” katanya. 

×