Syatilla Melvin Syukur Rumah Tangga Tak Pernah Diganggu ‘Penyondol’
Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Syatilla Melvin meluahkan rasa syukur tidak pernah diganggu dengan kehadiran orang ketiga atau ‘penyondol’.
Memetik Harian Metro, Syatilla turut berdoa agar rumah tangganya dalam keadaan baik dan dilindungi Allah. Ujarnya lagi, naluri seorang isteri pasti akan dapat tahu jika ada perkara tidak kena.
BACA: ‘Terjah’ Suami Selepas Solat, Syatilla Melvin Dikritik Netizen
“Demi Allah buat masa ini, tiada (gangguan orang ketiga) sebab saya dan Sam, kami dah tahu perangai masing-masing.
“Kami dah 13 tahun berkawan, dia buka mata je dah tahu saya macam mana, begitu juga sebaliknya. Jadi kalau ada sebarang perkara yang tidak kena, kami boleh baca fikiran masing-masing. Dia takkan boleh tipu.
“Walaupun dia (Sam) pelakon hebat.. tapi dengan isteri, dia tak boleh tipu. Kalau ada benda yang tak kena terjadi, saya akan tahu.
“Setakat ini Alhamdulillah semuanya baik-baik. Setiap hari saya berdoa minta Allah lindungi rumah tangga sebab kami ada anak-anak dan usia pun sudah makin meningkat,” katanya.
Dalam pada itu, Syatilla menyifatkan dirinya bertuah kerana memiliki suami yang tahun menjaga batas serta sedar diri bahawa sudah berkahwin.
“Saya tak pernah letakkan sebarang syarat ketika di keluar bekerja sebab Sam jenis orang yang sedar diri. Kita dah kahwin, macam dia tak suka kalau kita pegang-pegang lelaki lain, macam tu juga saya tak suka kalau dia pegang perempuan lain.
“Jadi, dia tidak buat perkara itu. Sam faham apa yang saya tak selesa dan kami sama-sama cuba kekalkan prinsip itu, Insha-Allah selamat (rumah tangga),” katanya.
Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Pasangan itu, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy.
- SUMBER
- Harian Metro
kakakaka..dari bujang dulu org xnak sam la weyh.
Riaakkk ayat nko! Sekali Allah kata kun faya kun…. Amekkk nko
Tgk dr overall sam ni, mmg logik sgt org x sondol
Suamik katik tu ada org nk rebut ke? Taste org tall dark ensem. Taste ko je muka rempit katik
Hahaha..xberbaloi la kalau scandal dgn si Sam ni
Perasan je ko ni
Hahaha laki kau mmg takde market dari dulu. Kau je perasan dapat laki hot. Lawak betul.
Suami ko takde sondol material hahaha
Apa motif kau beritahu mcm tu??Kau nak bagitau laki kau hensem dan hebat ke??? Perasan betul minah ni!!!
Mmg ada pompuan mcm ni. Yg insecure tak memasal sbb igt laki dia tu berpotensi utk disondol pun ada. Padahal laki dia org pun tak kenal. Si bini je beria insecure, siap cover2 pndgn suami..takut benor kot2 pompuan pandang laki dia, pastu pompuan tu goda laki dia.Ha..ha..lawak pompuan perasan lakinya hot ni…
Kena tall dark n hensem (so so je) syatilla oi..cam jenal..hahahahahahaha