Netizen Persoal Syatilla Melvin Panggil 'Kau' Pada Suami
Kerana panggilan ‘kau’ kepada suami dalam satu video dimuat naik, ramai menggelar Syatilla Melvin sebagai biadap. Pun begitu bagi Syatilla, pengukur rasa hormat bukanlah dari panggilan.
BACA: Selepas Gugur Julai Lalu, Syatilla Melvin Hamil Anak Kedua
“Kami sudah melalui susah senang bersama dalam tempoh perkenalan yang lama. Jadi, bagi saya, panggilan ‘aku’ dan ‘kau’ bukanlah sesuatu yang harus diperbesarkan. Tidak semestinya saya membahasakan aku’ dan ‘kau’, saya tidak menghormati Sam sebagai suami”
“Saya tidak menganggap panggilan itu sebagai kurang ajar. Ini kerana Sam bukan saja suami, malah kawan baik saya. Biarpun panggilan itu dianggap kasar oleh sesetengah, namun sebagai isteri, saya masih tahu menjaga batas,” jelasnya.
Dakwaan berkenaan timbul apabila Shaheizy Sam memuat naik video yang menunjukkan Syatilla memanggilnya ‘kau’ membuatkan netizen tidak senang. Ada yang menganggap Syatilla tidak menghormati Sam sebagai suami.
Setiap pasangan mungkin ada berlainan cara untuk berkasih sayang dan mungkin ini cara bagi Syatilla dan Sam. Kalau dilihat hubungan pasangan ini juga, mereka nampak lebih bersahaja seperti kawan. (rtky/w)
- SUMBER
- berita harian online
Teruk makcik bawang sekarang. Kadang yg sweet tu tak bahagia pun acah2 sweet gitu. Meluat. Iyerlah kwn baik lah akan faham kita sebenarnya. Romantik sangat nanti ada yg disondol dan menyondol
Sukahati dia ler jemah oi.
ahaha…tak ngape..esok nanti tengok kalau anak dia bahasakan diri kau aku, harap depa x marah lah naa.
hahahaha.terbaikkk
SESUAILAH TENGOK LE LAKI DIA MACAM MANA .. MINAH PARIT BUNTAR TU MACAM MANA… HE HE…
kau okey tak??? ha ha ha