Syatilla Melvin Dedah Kos Bersalin ‘Caesar’ Sama Dengan Yamaha MT-15
Umum mengetahui, pelakon Syatilla Melvin baru sahaja melahirkan cahaya mata ketiganya, bayi perempuan pada 9 Mei lalu yang diberi nama Salama Samheizy.
Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Syatilla mendedahkan dia langsung tidak berpantang selepas melahirkan anak ketiganya itu. Perkara itu dikongsikan Syatilla menerusi sesi soal jawab bersama peminatnya.
BACA: Shaheizy Sam Tunjuk Wajah Anak, Pilih Nama Salama Samheizy
“Apa yang Tilla suka tentang berpantang?” tanya seorang pengikut.
“Suka semua sebab aku (saya) tak pantang langsung,” jawab Syatilla.
Lagi menguatkan bukti, ada peminat yang mendedahkan dia terjumpa Syatilla di sebuah pusat membeli belah Melaka.
Dalam pada itu, Syatilla turut menjawab persoalan netizen mengenai kos dia bersalin secara pembedahan baru-baru ini adalah sama harga dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Yamaha MT-15. Hasil tinjauan, motosikal tersebut dianggarkan berharga RM11,988.
Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samhiezy, 5 dan Sarima Samhiezy kini berusia 2 tahun.
- SUMBER
- Oh Bulan
Shes from parit buntar. Parit buntar sebelah Selama, perak.
Anak nama Salama
Ok la tu stakat 11k operate..ada smpai 15k..btw, dia ni mmg so rempit..bahasa x nmpk classy lgsg..
dh mula dh…
tahla tak minat dgn cara dia bckp. Tak ambik tau..knpa ea kluar berita ni. Next
Ayoo ..stmt kampong habis
Boleh ya samakan kos lahirkan anak dengan motor? Satu invaluable, satu valueless
Ko silap. Kos dia bersalin secara pembedahan bukan RM11,988 tetapi RM5576 kerana dia buat bandingan pd harga Yamaha MT15 rekonlah. Kat mesia sumer keta atau moto yg retis pakai adalah jenis rekon.