Selamat menimang cahaya mata ketiga pada Isnin lalu, pelakon Shaheizy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin berkongsikan wajah anaknya itu yang diberi nama Salama Samheizy.
Menerusi Instagram, Shaheizy berkata bayi perempuan mereka yang dilahirkan secara pembadahan itu seberat 3.05 kilogram.
BACA: Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Selamat Timang Anak Ketiga
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Sam memaklumkan Syatilla akan menjalani proses berpantang di Melaka bersama ibunya, pelakon Khaty Fauziah.
Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samhiezy, 5 dan Sarima Samhiezy kini berusia 2 tahun.