Selepas Zee Avi, nampaknya Malaysia hampir pasti akan mempunyai ‘duta muzik’ terbaru ke Amerika Syarikat tidak lama lagi.


Bakat & gaya persembahan Yuna bukan sahaja memikat juri AJL 24 dan para peminat, malah aura Yuna kini sudah sampai ke Amerika Syarikat.

Yuna hari ini mengakui yang beliau ada di’datangi oleh wakil sebuah syarikat rakaman yang berpengkalan di USA untuk menjadikan Yuna sebagai artis rakaman mereka.

“Memang benar ada sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat telah menemui saya untuk dijadikan artis rakaman mereka”

“Tapi, ia masih dalam peringkat awal dan kami masih lagi berbincang mengenai syarat-syarat yang boleh memuaskan hati kedua-dua belah pihak”

Namun begitu, Yuna enggan mendedahkan nama syarikat rakaman yang datang dengan hasrat besar itu.