Polis Diraja Malaysia berkata pihak mereka menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung aktiviti pelaburan tidak berlesen Syarikat AUF MBZ Consortium Plt milik usahawan, Mahadi Badrul Zaman.
Memetik Kosmo, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata setakat ini tiada laporan diterima berkenaan syarikat dan juga individu.
BACA: “Syarikat Saya Patuh Undang-Undang, Syariah” – Suami Heliza
Beliau berkata lagi pihaknya akan tetap bersama SC berhubung hasil siasatan bahawa syarikat berkenaan tiada lesen untuk aktiviti pelaburan serta meminta pelabur diluar sana perlu ada pengetahuan dan tidak hanya membuta tulus.
“Saya minta semua bakal pelabur untuk tahu implikasi melabur dalam syarikat tidak berlesan untuk tujuan itu. Bukan hanya syarikat itu sahaja, tetapi syarikat lain juga.
“Ada syarikat yang ditubuhkan untuk terima pelaburan kemudian berhenti separuh jalan dengan alasan disiasat PDRM, disiasat Bank Negara Malaysia (BNM) atau berhadapan tindakan bangkrap. Pelabur habis puluhan dan ratusan ribu ringgit.
“Sebab itu itu kita kena ada jaminan, pengetahuan (dalam pelaburan) dahulu, jangan membuta tuli dan tahu apa asas perniagaan dan bukan hanya melabur mengharapkan untung,” katanya.