fbpx

Syanie & Dina Sertai The Biggest Loser Asia, Bermula 24 November

Dan, cabaran pun bermula buat dua orang artsi yang mewakili Malaysia ke The Biggest Loser versi Asia.

Episod pengenalan untuk The Biggest Loser Asia akan ke’udara 24 November, jam 9 malam ini di saluran Hallmark dan akan menunjukkan sessi uji bakat yang melibatkan lebih 2,000 peserta dari seluruh Asia.

Dari Malaysia, kita akan mempunyai Syanie & Dina yang masing-masing akan di’temani Zainal Alam Kadir & Jehan Miskin. Kami kurang pasti fungsi dua selebriti lelaki ini — pemberi motivasi mungkin.

Juara The Biggest Loser Asia akan membawa pulang wang tunai USD100,000 dan sebuah kereta mewah Renault. Jika di’izinkan, kita akan ada dua ‘selebriti baru’ dalam dunia hiburan.

The Biggest Loser Asia akan di’kendalikan oleh dua pakar kecergasan yang awesome, Dave Nuku dan Kristy Curtis dan kem kecergasan mereka akan bertempat di Melaka.