Syamsul Yusof Terima Tawaran Arahkan Filem Epik Termahal
Selepas kejayaan filem Mat Kilau, pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengesahkan menerima tawaran menghasilkan sebuah filem epik mengangkat keagungan sejarah negeri Melaka.
Memetik Utusan Online, Syamsul berkata perkara itu masih dalam fasa perbincangan awal dan belum dapat berkongsi butiran lanjut mengenainya.
BACA: “Tahniah Mohd Syamsul, Pasukan Mat Kilau” – Puteri Sarah
“Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut.
“Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi itu,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul mengesahkan jika pembikinan filem tersebut berjaya direalisasikan, ia bakal menjadi projek termahal pernah dihasilkan di negara ini.
“Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,” katanya.
Sebelum ini, foto bersama Tun Mohd Ali dikongsikan oleh Syamsul di Instagram menimbulkan tanda tanya netizen yang teruja untuk mengetahui filem apa bakal dihasilkan oleh pengarah itu selepas ini.
- SUMBER
- Utusan Online
Wow!! Aku harap Samsul pegi cari Doktor Mat Rofa Ismail sbb dia ada bnyk ilmu tentang sejarah dan ketamadunan islam. Ada beberapa lg pensyarah dan ahli sejarah tp kalau sapa2 yg rajin tngk video di youtube tentang sejarah dan kegemilangan islam maka doktor mat Rofa mmg bnyk kupas dari sudut yg xde dlm buku teks biasa! Sbb sejarah kita ni bnyk sngt disembunyikan di muzium2 penjajah dan muzium gereja besar katolik!
Mungkin ke filem ini jd filem pertama dia yg x laku?!! Sbb sblm ni semua karya filem arahan dia cecah berjuta2 lemon!
Kali ni betul2 ikut fakta sejarah atau masih lg nk fiksyen dari kisah sejarah?! Tp dia ni berjaya sbg pengarah filem aksi dan suspens jer bukan sbg pengarah filem epic drama. Sbb tu filem dia senang jual kt pawagam Msia. Cuba suh dia buat cerita biografi sejarah berasaskan fakta sebenar mmg x laku laa org nk tngk!
Kalau korg rajin tngk video kisah sejarah dan ketamadunan islam di youtube, doktor Mat Rofa Ismail adalah nama yg ptt jd rujukkan Samsul sbb fakta2 yg dia dpt xde dlm silibus buku teks sekolah krjn! Dia punya kajian mmg A++ laa.
Betul gk ek, filem2 dia kebabom xde satu pun kisah cinta dan drama keluarga? Semua kisah aksi dan kisah seram je. Kalau Syamsul nk sebaris mcm Jins Samsudin dan Tan Sri P.Ramlee, Syamsul perlu berjaya sbg pengarah filem komedi, filem drama kekeluargaan dan filem fantasi mcm laksama doremi tu kira fantasi komedi la.
Aku harap pengarah2 lain pun akan diberi peluang yg sama jugak spt Syamsul sbb kt Msia ni masalah kita bila sorg dua tu yg laku keras asyik2 muka dia jer semua org nk amik. Jd lama2 org jemu dan org yg dpt offer tu nmpk dia punya stereotype sbb asyik dia je buat keje tu mmg tu je laa hasil keje dia yg jadi!
Kalau ada campur tangan politik, kerajaan dan dana daripada mereka-mereka ni, susah lah nak box office. Sebab proses kreatif tu mesti nak ikut kepala investor dan bukan kepala orang yang arif buat filem.
Setuju dgn ko gigi kapak, dulu Rosyam Nor musim dia semua org up dia jek! Tp Rosyam popular sbg pelakon bkn pengarah. Pengarah yg popular kejap dulu Ahmad Idham dgn Pierre Andre pastu hilang laa. Shuhaimi Baba ada kejap masa zmn2 Maya Karin dgn ponti harum sundalan malam tu. Hafsham pun top sebelum Yusof Haslam zmn2 Aznil Mustafa dan Ogy jd pujaan Malaya. Semua org ada zaman kegemilangan dia laa ..
angkat selagi mampu & boleh.. tapi jangan lupa mengangkat keagungan sejarah bagaimana orang orang asli di JAJAh yea!
Siapa penjajah & siapa dijajah sebenarnya di tanah bumi bertuah!? Kalau hidup menipu & menindas kaum lain memang musibat2 silih berganti contonhya apa yg terjadi di dlm nagara sekarang. KIFARAH it PASTI!
Maka berbuat baik & berlaku adil adalah yang diberkati Tuhan Yang Maha Berkuasa! Utk kesejahteraan, kemasyhuran, kejayaan bangsa, rakyat & Negara!
Takut yg beratus juta ni pulekkk tak laku. Selalu bila 1 kebabom, next mesti senduuu. Mcm lagu top, next album lagu kureng top. Nasiblerrr labuuuu kaluu ndakk lakuuu maluuu