fbpx

Syamsul Yusof Sahkan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar

Segala spekulasi terjawab apabila akhirnya pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar.

Menerusi satu video dimuat naik di Instagram sebentar tadi, pengarah berusia 38 tahun itu, dia dan Ira bernikah secara sah di Thailand dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Kazar Saidi yang juga pelakon veteran.

BACA: “Dia Sangat Mengongkong Sarah” – Rakan Puteri Sarah Dedah Sikap Syamsul Yusof?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Hari ini saya bergelar suami Ira dengan berwalikan bapanya, Kazar Saisi. Ira kini sah menjadi isteri saya di sisi syarak dan Allah. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana sabar menanti perkembangan tentang saya. Saya ini beritahu semua..

“Alhamdulilah syukur, saya telah bernikah secara sah dengan Ira yang berwalikan oleh ayahnya sendiri di Thailand. Ada sebab kenapa saya bernikah di sini.. untuk memudahkan beberapa perkara,” katanya.

Menerusi video tersebut, Syamsul mengatakan Puteri Sarah masih isterinya yang sah serta mengharapkan aktres itu pulang ke rumah untuk berbincang.

“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.

“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.