fbpx

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan kembali mengenai kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof apabila timbul dakwaan pengarah itu sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Terbaru, seorang rakan kepada Puteri Sarah memuat naik perkongsian di Insta Story meluahkan rasa kecewa apabila mengenang semula momen pernikahan aktres itu dengan Syamsul Yusof.

BACA: Puteri Sarah Harap Anak-Anak Belajar Luar Negara Jadi Doktor

“Kalau dikenang balik momen ni, rasa kecewa sangat. Time dia tergila-gilakan Sarah, time tu jugak dia nak size cincin. Dia tak kira dah Sarah tengah busy outstation ke, tengah shooting ke dia peduli apa,” tulisnya.

Malah, rakan Puteri Sarah mendakwa individu tersebut terlalu cemburu sehingga mengintip Puteri Sarah ketika sedang bekerja serta mengongkong aktres itu.

“Hari majlis merisik pun nak bergaduh, perangai macam budak-budak. SY ni cemburu nak mampos ye. Dia boleh skodeng (mengendap) dari jauh waktu Sarah kerja. Dengan erti kata lain dia sangat mengongkong Sarah,” tulisnya.

Dalam pada itu, rakan aktres itu berkata dia turut kasihan dengan anak bongsu Puteri Sarah iaitu Sumayyah dimana ibunya bersedih ketika dia masih dalam kandungan.

Rakan Puteri Sarah itu turut berkata perkongsian itu dibuat kerana sakit hati dengan komen netizen yang mengecam sedangkan tidak tahun kisah sebenar serta menjadikan ia sebagai teladan.