Syamsul Yusof Nafi Dah Bertunang
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pengarah terkenal, Syamsul Yusof didakwa sudah bertunang dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.
Memetik Harian Metro, bagaimanapun Syamsul menafikan dakwaan berkenaan serta menyifatkan ianya mengarut.
BACA: Syamsul Yusof Didakwa Dah Bertunang Dengan Ira Kazar?
“Hahaha. Ngaruikk (mengarut),” balasnya.
Sebelum ini, pelakon Puteri Sarah ada memuat naik paparan di IG Story mengenai laporan mendakwa suaminya bakal berkahwin dengan Ira Kazar.
Malah, dalam perkongsian itu juga seorang pengguna dengan nama, Hannah Montana mendakwa pengarah itu sudah pun bertunang.
Menerusi entri itu, Puteri Sarah turut memberikan reaksi pada kiriman tersebut dimana dia meluahkan rasa syukur jika ianya benar.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 tahun dan Summayah kini berusia 3 tahun.
- SUMBER
- Harian Metro
Klu kawin IK n SY, anggapla abis job SY, IK and bapak IK. Confirm kena cancel
Apehal Kazar nak habis job?
Sebab anak bapak kena?
Habistu Riduan Teh tu anak gay ada je job.
Kenapa tak boikot sekali?