Baru-baru ini, Mahkamah Sesyen membenarkan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar bersama-sama bapa dan kakaknya.
Perkara itu turut dimaklumkan oleh Puteri Sarah menerusi Instagram miliknya sekaligus menjadi perhatian ramai netizen.
BACA: “Negara Ada Undang-Undang, Kebenaran Akan Terungkap” – Puteri Sarah
View this post on Instagram
Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah dan berharap agar urusannya dipermudahkan.
Namun, turut menjadi perhatian komen seorang netizen yang mempersoalkan Syamsul Yusof yang seolah-olah membiarkan sahaja isteri-isterinya ‘berperang’ di mahkamah.
Komen individu itu mendapat perhatian daripada Puteri Sarah yang memberikan jawapan pedas mengatakan menjadi berani itu sukar.
Terdahulu, Ira, kakaknya Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi perlu menjawab kepada mahkamah berhubung tindakan mengingkari perintah injuksi yang dikeluarkan terhadap mereka pada Julai tahun lalu.