fbpx

Syamsul Yusof Akui Dah Tak Sebumbung Dengan Isteri

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangganya, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya, pelakon Puteri Sarah Liyana.

Tidak pernah cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini, Syamsul berkata tiada apa yang hendak disorokkan.

BACASyamsul Yusof Akui Gila Kerja Mungkin Punca Kemelut Rumah Tangga

“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun.

“Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai permasalahan rumah tangganya, Syamsul berkata <span;>dia serta isterinya, masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka dan tidak mahu bercerai. Ujarnya, mereka juga perlu memikirkan tentang anak-anak.

“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini,  kami berdua perlukan masa.

“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercerai. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercerai. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.

“Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,” katanya.

Terdahulu hangat diperkatakan Puteri Sarah didakwa muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pertengahan bulan lalu.

Puteri Sarah dilihat hadir bersama seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya masuk ke bahagian undang-undang keluarga.