fbpx

“Syamsul Hanya Kenalan ‘Hi Bye’” – Irene Deanna

Wanita yang juga ahli perniagaan Irene Deanna menafikan dakwaan menjalinkan hubungan dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Memetik BH Online, Irene berkata Syamsul adalah kenalan ibu bapanya serta tidak tahu memberi komen apa mengenai kontroversi berkenaan kerana memang tiada apa-apa.

BACA: “Okay Yang Ni Approved! Ini Baru Sepadan Sol” – Netizen

“Kami sekadar kawan biasa sebab Syamsul kenalan emak dan ayah, bukan saya. Memang hanya kenalan ‘hi bye’.

“Itu sekadar gambar sahaja. Sebenarnya, Syamsul datang atas urusan kerja dengan syarikat permotoran, jadi kami ambil gambar bersama sebab dia adalah kenalan keluarga. Saya tak tahu nak komen sebab tiada apa-apa pun. Jadi, ‘no comment’,” katanya.

Dalam pada itu, Irene mengakui terkejut namanya menjadi bualan di media sosial selepas tular gambarnya bersama Syamsul.

“Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apapun. Syukur, gosip ini tidak menganggu emosi saya. Saya buat kerja macam biasa. Tiada ‘stress’ atau apa-apa, saya okay sahaja,” katanya.

Tambah Irene lagi, dia hanya mampu ketawa apabila membaca komen serta dakwaan netizen.  Sementara itu, apabila ditanya sama ada dirinya sudah berpunya atau tidak, Irene enggan mengulas.

“Itu pun saya tiada komen,” katanya.