fbpx

Syamel Pelik Ernie Zakri Kuat Menyanyi Sejak Hamil

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi, penyanyi Syamel teruja untuk bergelar bapa serta memikul tanggungjawab lebih besar.

Syamel turut meluahkan rasa syukur, Ernie Zakri tidak mengalami ragam atau mengidam yang pelik-pelik, namun sejak hamil isterinya suka menyanyi.

BACA: Ernie Zakri Hamil Empat Bulan

“Setakat ini dah masuk empat minggu semuanya berjalan lancar, dia hanya alami alahan biasa seperti masa wanita lain mengandung. Tapi tak ada yang teruk sangat, hanya morning sickness sikit dan Ernie ni memang manja.

“Yang peliknya sebelum ini Ernie kalau dekat rumah jarang dia nyanyi. Tapi since dia hamil ni, dia kuat nyanyi sampai saya pun terikut. Kami dah macam buat konsert kat rumah,” katanya.

Berkongsi mengenai persediaan bakal menjadi seorang bapa, Syamel berkata dia ada membaca mengenai perkara itu di Internet dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman.

“Untuk persediaan so far slowly, tak ada la buat research sangat. Saya lebih banyak bertanya kepada parents yang lebih berpengalaman, boleh tanya macam mana persediaan mereka dulu. Tengok sikit-sikit kat internet sebab ni pertama kali,” katanya.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.