fbpx

Ernie Zakri Hamil Empat Bulan

Segala desas desus mengenai soal kehamilan penyanyi Ernie Zakri akhirnya terjawab apabila suaminya, Syamel mengesahkan isterinya kini berbadan dua.

Menurut Syamel, usia kandungan Ernie kini sudah memasuki empat bulan. Syamel berkata Ernie turut berdapan alahan namun kandungan dalam keadaan baik-baik sahaja.

BACA: Nampak Baby Bump Ernie Zakri, Rakan Artis Ucap Tahniah

“Alhamdulillah kandungan isteri dah masuk empat bulan. Ernie punya kehamilan berbeza dengan ibu mengandung lain.

“Masuk trimester kedua baru dia berdepan alahan, macam rasa loya itu semua tap Alhamdulillah Ernie dan bayi dalam kandungan sihat. Doakan semoga bayi membesar dan selamat sehingga hari kelahiran ya,” katanya.

Sementara itu, Syamel dan Ernie turut berkongsikan bertia gembira di media sosial masing-masing sebentar tadi meluahkan rasa syukur di atas rezeki diberikan. Dalam pada itu, Syamel berkata mereka akan berkongsikan jatina bayi sulung emreka tidak lama lagi.

Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.