fbpx

Syaiful Zero, Isteri Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada keluarga kecil Syaiful Zero dan juga isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata. Perkongsian gambar pada 5 Mei lalu itu di Instagram turut mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya.

BACA: Sekali Lafaz, Syaiful Zero & Pasangan Kini Selamat Bergelar Suami Isteri

8- Syaiful Zero, Isteri Selamat Timang Anak Lelaki - ROTIKAYA

Buat masa sekarang, Syaiful belum memberitahu lagi apakah nama anaknya tersebut. Pelakon dan pelawak yang lebih mesra dipanggil Melati dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada 24 Julai tahun lalu. Syaiful telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.

Semoga kehadiran cahaya mata di dalam keluarga ini akan terus menambah kemeriahan Syaiful dan juga isteri dan semoga mereka sentiasa dilimpahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar anak pertama Syaiful dan isteri. (rtky/s)