fbpx

Syafiqah Aina Yakin Hafiz Mahamad Setia

Pempengaruh media sosial, Syafiqah Aina berkata dia meletakkan kepercayaan kepada suaminya, Hafiz Mahamad.

Memetik Astro Gempak, Aina berkata dia yakin bahawa suaminya itu tidak akan berlaku curang namun sebagai perempuan sudah tentu dia akan berhati-hati.

BACA: Bimbang Tercurang, Hafiz Mahamad Minta Isteri Sentiasa Check Telefon

“Masa saya kenal dia, saya letakkan kepercayaan kepada dia tapi tetaplah berhati-hati…kita perempuan kan, mesti ada rasa insecure dan tak selamat kan.

“Tapi saya rasa saya percaya yang dia InsyaAllah tak akan buat benda tu (curang). Kita sama-sama dalam perhubungan ini, sama-sama berusaha untuk tidak ke arah itu,” katanya.

Sebelum ini, Hafiz berkata dia sentiasa mengingatkan isteirnya agar sentiasa memeriksa telefonnya supaya tidak berlaku kecurangan.

Malah, Hafiz turut mengingatkan isterinya agar tidak meletakkan kepercayaan tinggi terhadapnya meskipun dia tidak melakukan perbuatan tersebut.