fbpx

Syafiq Yusof Timang Anak Ketiga, Ibu Luah Rasa Syukur Miliki 8 Cucu

Pengarah terkenal Syafiq Yusof berkongsikan berita gembira apabila isterinya Aisyeah Zainal selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka di sebuah pusat perubatan kira-kira jam 8.18 pagi tadi.

Menerusi Instagram, Syafiq berkongsikan berita gembira itu serta gambar wajah anak lelaki pertamanya buat tatapan umum.

BACA: Syafiq Yusof, Isteri Timang Cahaya Mata Kedua

Meluahkan rasa syukur di atas kehadiran cahaya mata ketiga itu, Syafiq turut berkongsikan nama anaknya yang diberi nama Muhamad Nu’Aiman.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s)

“Alhamdulillah, syukur ya Allah. Anak ketiga, lelaki pertama. Muhamad Nu’Aiman bin Muhamad Syafiq,” tulisnya.

Sementara itu, diruangan komen ibu Syafiq iaitu Datin Patimah Ismail turut meluahkan rasa syukur di atas kelahiran cucu kelapan itu.

Untuk rekod, Syafiq dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 5 April 2014. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nuur Jannah, 7, dan Nuur Nusaybah, 5.