fbpx

Syafiq Yusof, Isteri Timang Cahaya Mata Kedua

Tahniah kepada Syafiq Yusof dan juga isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua. Berita baik itu pengarah muda ini melalui akaun Instagram.

BACA: Syafiq Yusof, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Nuur Nusaybah binti Muhamad Syafiq (ironwoman). 4/2/2018 3.6kg. Nusaybah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama”

“Dia turut serta dalam Perang Uhud, Perang Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah serta menyaksikan Bait al-Aqabah,” jelas Syafiq menceritakan serba sedikit tentang pemilihan nama anaknya itu.

Anak kepada penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam ini telah mendirikan rumahtangga dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Nuur Jannah pada Januari 2016. (rtky/s)