fbpx

Syafiq Kyle Sah Bakal Kahwin Dengan Mimi Lana Tahun Ini

Pelakon Syafiq Kyle berkongsikan perkhabaran gembira apabila dia dan kekasihnya, aktres Mimi Lana bakal bernikah tahun ini.

Memetik Media Hiburan, Syafiq bagaimanapun berkata tarikh majlis hari bahagianya belum boleh dikongsikan lagi kerana persiapan masih lagi sedang dilakukan.

BACA: “Saya Tak Cakap Pun Kahwin Tahun Depan” – Syafiq Kyle

“Alhamdulillah, satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis, tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

“InsyaAllah, mungkin dalam tahun ini juga. Cuma saya tak berani nak sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

“Memangndangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak. Tapi InsyaAllah, tahun inilah,” katanya.

Syafiq turut berkongsikan dia sudah pun selesai menghadiri kursus kahwin dan mahu menyelesaikan perkara wajib terlebih dahulu.

“Soal persiapan buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadir.

“Saya sudah settle itu semua, hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan Mimi Lana, Syafiq berkata setakat ini berjalan dengan lancar serta berharap urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

“Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya. InsyaAllah, semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-bak,” katanya.