fbpx

Syafiq Kyle Muak Kisah Cinta Lebih Jadi Perhatian Berbanding Karier

Pelakon Syafiq Kyle meluahkan rasa terkilan cerita peribadi lebih-lebih lagi kisah cintanya lebih menjadi perhatian berbanding kerjayanya sebagai pelakon.

Memetik mStar Online, Syafiq berkata dia berharap mereka diluar sana memberi fokus pada kerjaya seninya serta hal peribadinya tidak lagi diperkatakan selepas ini.

BACA: “Saya Tak Cakap Pun Kahwin Tahun Depan” – Syafiq Kyle

“Saya terlibat dengan banyak promo drama tapi kisah peribadi lebih mendapat perhatian. Rasanya tak perlu diteruskan lagi. Ada sedikit rasa kecewa bila ia menjadi perhatian berbanding kisah kerjaya.

“Jadi saya minta kepada semua agar lebih beri perhatian kepada kisah drama yang ingin saya kongsikan kepada semua,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq enggan mengulas mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Mimi Lana yang dikatakan bakal ke fasa perkahwinan.

“Semua faham apa yang berlaku dalam kisah peribadi dan biarlah ia begitu sahaja. Sampai masa ia akan terjadi juga,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai khabar angin pelakon itu bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Mimi Lana dijangka pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, Syafiq menafikan berita tersebut serta tidak pernah mengeluarkan kenyaataan bakal berkahwin tahun hadapan.