Syafiq Kyle Hadiahkan Vellfire Buat Keluarga

Baru-baru ini, tular video memaparkan pelakon Syafiq Kyle membeli sebuah kereta mewah jenama Toyota Vellfire untuk dihadiahkan kepada keluarganya menjadi perhatian ramai. 

Menerusi video yang dimuat naik oleh penjual kereta tersebut, aktor itu dilihat sedang melakukan urusan jual beli kenderaan berkenaan.

BACA: Syafiq Kyle Muak Kisah Cinta Lebih Jadi Perhatian Berbanding Karier

@

? –

“Terbaik Syafiq Kyle, hadiah Vellfire untuk keluarga. Terima kasih sokong Vellfire Golden Eyes (nama syarikat),” tulis penjual tersebut.

Dalam pada itu, kereta mewah berwarna hitam itu turut dihiasi dengan reben besar bewarna merah di bahagian hadapan kereta.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira di atas kejayaan pelakon itu serta memuji Syafiq berkongsi rezeki bersama keluarganya.