fbpx

Syafiq Farhain Mengaku Dah Kahwin, Tiada Niat Rahsiakan

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Syafiq Farhain mengakui sudah pun menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati yang juga pengurusnya.

Memetik Harian Metro, Syafiq berkata dia mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan butiran perkahwinannya.

BACA: Terkena Kudis Herpes, Syafiq Farhain Nafi Hidap Penyakit Kelamin

“Benar saya sudah bernikah, namun saya tidak berniat untuk merahsiakannya. Sesiapa saja bertanya, saya pasti menjawab.

“Saya tidak mahu merahsiakan dan tidak juga menghebahkan. Bila saya mendirikan rumah tangga dan sebagainya tidak perlu diperbesarkan.

“Saya berkahwin dengan gadis pilihan yang juga sekampung dengan saya iaitu Terengganu. Senang hendak pulang beraya nanti. Insya-Allah, majlis resepsi juga dalam perancangan,” katanya.

Terdahulu, desas desus mengenai status penyanyi itu didakwa sudah berkahwin hangat diperkatakan netizen.

Tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai pernikahannya itu, Syafiq berkata dia dan isterinya sudah lama berkenalan.

“Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Kami berkenalan pun sudah lama sebelum saya bergelar artis lagi,” katanya.