Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq mendesak kakaknya itu supaya bertemu dengan ibu mereka iaitu Fauziah Sarman untuk memohon maaf.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok malam tadi, Syafiq turut menafikan pernah menampar Shila serta meminta penyanyi itu berhenti menyebarkan fitnah.
BACA: Adik Shila Amzah Akhirnya Terbang Ke China
“Tolonglah Shila, kau pergi cari mak minta maaf dekat mak. Shila jangan fitnah, aku tak pernah tampar muka kau eh,” katanya.
Menurut Syafiq dia marah denagn kakaknya kerana biadap dengan ibu mereka serta memaklumkan sudah keluarga dari rumah banglo milik Shila di Hulu Langat.
“Aku menegur kakak aku maki hamun mak aku, salah ke? Salah aku bukan ke atas mak aku, jadi aku tegur kesalahan kakak aku atas mak aku.
“Dia maki hamun mak aku depan kawan-kawan dia, tolak maku aku. Jadi aku marah bab itu. Bukan marah sebab nak jual rumah itu. Rumah tu sikit pun aku tak hairan,” katanya.
Dalam pada itu, Syafiq turut hairan apabila pempengaruh media sosial, Ubai membiarkan Shila bersikap biadap dengan ibu mereka.
“Kenyataan kau salah juga bab mak kau meninggal, ya memang aku cakap mak kau meninggal tapi tak nampak ayat yang penuh.
“Aku cakap ya mak kau dah meninggal, aku minta maaf, bersimpati pada kau, takziah pada kau. Cuma aku pelik macam mana kau boleh biarkan Shila maki mak dia depan kau. Yelah mak kau dah meninggal, kau lebih mengetahui menghargai seorang ibu, jadi itu maksud dia,” katanya.
Terdahulu, Shila berkata dia difahamkan keluarganya itu mencari kediaman baru tanpa pengetahuan dirinya. Katanya lagi, keluarganya tiada di rumah banglo tersebut namun tidak dapat dipastikan sudah pindah secara rasmi atau belum.