Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Fynn Jamal seolah menyalahkan penampilan wanita punca gangguan seksual yang berlaku kepada mereka. Bagaimanapun, Wardina Safiyyah membidas kenyataan Fynn itu dan mengatakan bahawa perogol sepatutnya dipersalahkan.

Bosan dengan isu rogol yang menjadi topik bualan netizen, Syafie Naswip meminta orang ramai berhenti berbalah mengenai perkara itu. Syafie berpendapat punca terjadi perbuatan terkutuk itu bukan daripada lelaki atau wanita tetapi kurangnya didikan.

BACA: Syafie Naswip & Aishah Azman Kembali Follow Di IG?

“Berhenti salahkan jantina. Kau salah lelaki, kau salah perempuan. Bukan tentang jantina tetapi itu pilihan masing-masing dan cara didikan macam mana.

“Apabila beri ceramah, teguran, nasihat, video komen atau sebagainya, jangan cakap atau tulis lelaki semua perangai macam ****. Perempuan semua perangai macam ****. Jangan begitu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syafie turut menasihati netizen agar menggunakan platform laman sosial secara matang dan bukan menjadikan ruangan komen sebagai tempat untuk melepaskan kebencian kerana ianya tindakan tidak wajar.

“Gunakan akal dan tujuan itu ke arah kasih sayang, jangan gunakan insta dan ruangan itu sebagai baja kebencian. Kalau kau nak benci lelaki atau perempuan, then kau seorang saja,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan kenyataan Fynn Jamal seolah menyalahkan penampilan wanita punca gangguan seksual. Malah, Fynn turut mengaitkan filter di media sosial dengan jenayah rogol.

Susulan kenyataannya itu, Wardina turut meminta Fynn untuk memohon maaf kepada semua dan menyeru Fynn untuk bersimpati ke atas mangsa rogol memandangkan perogol yang harus dipersalahkan.