fbpx

Syafie Naswip & Aishah Azman Kembali Follow Di IG?

Tahun lalu hangat diperkatakan mengenai kisah putus tunang Syafie Naswip dan Aishah Azman sehingga dikatakan menimbulkan pergaduhan diantara mereka.

Namun, baru-baru ini mereka dikatakan sudah kembali mengikuti akaun Instagram satu sama lain. Menurut Syafie, dia sudah melupakan persengketaan yang berlaku dan tiada masalah jika ditawarkan berlakon bersama.

BACA: Aishah Azman Lega Putus Tunang Dengan Syafie Naswip

“Alhamdulillah, luka kontroversi putus cinta sudah sembuh sepenuhnya. Memasuki 2020, perasaan saya sangat okay. Saya tidak lagi menyimpan perasaan marah padanya. Saya tiada masalah mahu menegurnya andai ditakdirkan bertemu dalam mana-mana acara.

“Saya tidak kisah sekiranya ditawarkan berkerja sama dalam satu produksi. Tetapi, perlu melihat skrip terlebih dahulu. Saya akan terima sekiranya jalan cerita dan skrip menarik.

“Entahlah, sebaik memasuki tahun baharu, hati menjadi lebih tenang. Mungkin juga faktor usia yang semakin meningkat. Pada masa yang sama, nasihat pelakon senior yang meminta saya memperbetulkan diri sendiri, tidak kira sama ada berada di pihak yang betul atau sebaliknya memberikan kesedaran,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Syafie berkata dia tidak serik bercinta dengan orang dalam industri dan mengakui sebelum ini dia terburu-buru membuat keputusan untuk bertunang.

“Dahulu, saya mengaku terburu-buru membuat keputusan untuk bertunang. Tetapi, saya mahu mengenali hati budi pasangan, sebelum memikirkan fasa lebih serius.

“Saya tidak serik dengan apa yang berlaku. Saya masih membuka pintu hati mengenali orang baharu tetapi nampaknya masih belum ada calon yang sesuai. Saya tidak kisah siapa pun wanita sama ada artis atau orang biasa. Yang penting adalah keserasian,” katanya.